Dasar Privasi IsiPBD
Tarikh berkuat kuasa: 29 Oktober 2026.
Pembangun: Cikgu Calvin Chew.
Dasar ini menerangkan pengendalian data oleh IsiPBD — Pembantu Pengisian SPPB, versi 0.7.6.
1. Tujuan
IsiPBD membantu guru memasukkan data pentaksiran yang ditentukan sendiri ke dalam SPPB. Ia tidak mentaksir murid, menentukan keputusan atau menyediakan perkhidmatan rasmi bagi pihak KPM, MOEIS, idMe atau SPPB.
2. Data yang dikendalikan
Apabila guru membaca kelas, mengimport fail atau menjalankan pengisian, IsiPBD boleh membaca dan menggunakan nama murid, nombor pengenalan yang terdapat pada halaman atau fail, kelas, mata pelajaran, TP, MARKAH, Kemahiran, Kategori, Ulasan, Usaha serta keadaan rekod dan kawalan borang. Templat baharu tidak mewajibkan ID, tetapi halaman SPPB atau fail lama mungkin mengandunginya.
IsiPBD juga menggunakan URL dan tajuk halaman SPPB yang berkaitan untuk mengenal pasti kelas, menghalang pengisian pada halaman lain dan menyimpan konteks laporan. Ia tidak membaca sejarah pelayaran umum atau menjejak laman lain.
Tetapan pengisian, nama fail import, masa dan versi pengesahan penafian serta status pengisian juga boleh disimpan untuk fungsi panel.
3. Pemprosesan dan simpanan setempat
Fail Excel/CSV diproses pada peranti pengguna. Import terakhir, laporan terakhir, tetapan dan pengesahan penafian disimpan menggunakan chrome.storage.local dalam profil Chrome pengguna. Tiada penyegerakan chrome.storage.sync atau pelayan pembangun digunakan.
Data sementara bagi pemilihan, ujian dan sesi semakan boleh berada dalam ingatan panel. Menutup panel atau memuat semula extension boleh menamatkan sesi tersebut. Data Chrome tempatan bergantung pada perlindungan profil dan peranti; IsiPBD tidak menyediakan penyulitan berasingan untuk storan ini.
4. Penggunaan dan pemindahan
Data hanya digunakan bagi padanan murid, pengesanan halaman, pengisian, pengesahan langkah dan laporan berkaitan fungsi IsiPBD. Apabila guru menjalankan pengisian, nilai dimasukkan ke halaman SPPB; laman SPPB mungkin menyimpan atau menghantarnya melalui fungsi laman, termasuk Simpan dalam dialog. Pemprosesan oleh SPPB tertakluk kepada peraturan dan dasar perkhidmatan tersebut.
IsiPBD tidak menghantar data murid atau kandungan fail kepada pembangun, pelayan analitik, perkhidmatan AI atau pengiklan. Tiada jualan data, pengiklanan diperibadikan, penggunaan untuk kredit/pinjaman atau penggunaan bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan fungsi yang dinyatakan.
5. Kebenaran Chrome
activeTab dan scripting digunakan untuk mengenal pasti tab aktif serta membaca dan mengendalikan borang pada host SPPB yang dibenarkan. sidePanel menyediakan panel kerja bersebelahan halaman. storage menyimpan data tempatan yang diterangkan di atas.
debugger disambungkan sementara pada tab sasaran untuk klik kawalan tersuai dan menaip digit MARKAH dengan peristiwa papan kekunci asli. Ia bukan alat pemantauan rangkaian, rakaman kekunci pengguna atau pengambilan kata laluan. Sambungan dilepaskan selepas selesai, dihentikan atau ralat.
Akses laman dihadkan kepada https://moeissppb.moe.gov.my/*. IsiPBD tidak meminta kata laluan, membaca kuki pengesahan atau memintas log masuk.
6. Tempoh simpanan dan pemadaman
Import dan laporan terakhir kekal secara tempatan sehingga diganti, dipadam melalui Data tempatan → Padam import & laporan tempatan, atau data extension dibuang daripada profil Chrome. Tiada tempoh pemadaman automatik ditetapkan. Tetapan peraturan dan pengesahan penafian dikekalkan apabila butang pemadaman import/laporan digunakan; tetapan boleh dipulihkan melalui Pulihkan pratetap.
Pemadaman tempatan tidak memadam fail asal, sandaran peranti atau rekod yang sudah dimasukkan ke SPPB. Urusan pembetulan atau pemadaman rekod SPPB mesti dibuat melalui sistem dan pihak yang berkenaan.
7. Tanggungjawab guru dan data murid
Gunakan hanya akses serta data yang dibenarkan. Guru menentukan dan menyemak padanan nama, kelas, subjek, TP, MARKAH, Kemahiran, Ulasan dan Usaha. Pratetap serta pemilihan ulasan rawak tidak menggantikan pertimbangan profesional. Laman boleh menyimpan perubahan terus walaupun Simpan kelas belum ditekan. IsiPBD tidak menekan Simpan/Hantar kelas atau memilih Status.
8. Perubahan dan pertanyaan
Dasar ini dikemas kini jika amalan pengendalian data berubah. Untuk pertanyaan, buka isu di https://github.com/playplayarh/isipbd-privacy/issues untuk Cikgu Calvin Chew. Jangan hantar kata laluan, nombor pengenalan, rekod pentaksiran individu atau senarai lengkap murid dalam laporan masalah awam.
9. Hosting laman dasar ini
Laman dasar ini dihoskan oleh GitHub Pages. GitHub mungkin memproses maklumat lawatan, termasuk alamat IP untuk keselamatan, mengikut dasar privasinya: https://docs.github.com/en/site-policy/privacy-policies/github-general-privacy-statement . Pemprosesan lawatan laman ini berasingan daripada fungsi setempat extension IsiPBD; laman dasar ini tidak mengandungi borang pengumpulan data, analitik atau skrip penjejakan yang ditambah oleh pembangun.